kisah hidup julie

Followers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 13, 2012

Fadilat Hari Jumaat =)

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.
Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.

Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).


Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Wednesday, January 4, 2012

rindu sekolah

Assalamualaikum..
selamat tengahari..
ari ni sy da mula sekolah...hihi..
rindunya zaman sekolah dulu....
dulu,pagi2 nek basikal g sekolah
tp skarang,adik ak tu jgn harapla..
na suh mak ak anta je tau...
yg sekolah menengah tu plak,nek motor g sekolah..
zaman da berubah....
dunia da maju....

n ari ni jugak...
anak buah ak 3 orang da mula sekolah...
tabika 5 tahun...
mesti comel2 an diorunk..
kakak ak ad anta gambar tp ta dan na uploadla...hihi
n mesti macm2 ragam diorunk..
ak ta bley bayangkan anak k.yana
g sekolah..
mesti melalak2 dy...
hahaha..
yela,kt umah pn kena marah ckit da melalak...
na berkepit je ngn mak dy...hihi
(jgn maree ye k.yana)
aiman plak
dy ok je kot sbb dari kecik dy duduk ngn pengasuh dy
so cm takda masalh sgtla...
harap2 anak  buah ak semuanya blaja pandai2 ye..
jd mcm acik dy ni...hihi

p/s: time sekolah dulu,ase na cpat je habis blaja...
tp bila da habis blaja,rindu pulak na blaja an...huhu

Tuesday, December 27, 2011

azam 2012

Assalamualaikum....
selamat malam kawan2..
cm ta caye je an 2011 hampir berlalu..
dan 2012 hampir menyusul..
mcm2 yg berlaku sepanjang 2011 ni..
ta rasa pn masa tu berlalu...
pengalman mengajar ak erti kehidupan..
n ak bersyukur ak dpat kerja tetap yg mampu menjamin masa depan ak
walaupn gaji ta seberapa,tp lebiy baik dari keje 7e an
bukan ak ckap 7e ta bagus tp skurang2nya takdala keje tengah mlam an...
pengalaman duduk kt ampang paling perit..
tp tu sume pengalaman....

ok..sebelum citer pasal azam tahun 2012 ni..
azam 2011 korunk tercapai ta ea??
azam ak?
ad 2 yg ta tercapai..
first...ak ta dpat pointer 3.5 untuk sem 4
ak dpat 3.48 jer...
huk3..
yg kedua plak,ak ta dpat turunkn berat badan ak..
(makin naik adala)hihihi
tp takpela...
sekurang2nya ad gak azam ak yg tercapai..

azam 2012 ak....
1) na kumpul duit untk beli motor lc
2) na nikah pada tahun 2012 (bila tu ta tau)
3) berhidmat untuk mak n abah

bley ke azam ak ni tercapai??
hehehe...
harap2la tercapai an...
pape pn,yg penting ad azam an?
skurang2nya adala tujuan an dlam idup ni...
klu azam na enjoy,mmg takla an..
kamu tu bukan dilahirkn senang...
blaja2la idup susah...
n aku harap sgt2 hubungn ak ngn dy dpat bertahan 
n berharap hubungn kami jadi hubungan yg sah...
 Ya Allah...
seandainya jodohku dngan dy,satukanla kami
tp seandainya dy bukan jodoh buatku,
jauhknla dy dariku...


p/s: sedih sgt2 ta dpat ikut dy g jlan2 dis week..na wat cmne...kita keje an..awak tu pn ta bley na tunggu kita ke..

Wednesday, December 21, 2011

cm ta dpat jerk... =(

Assalamualaikum
selamat malam...
baru bangun tito...huhu..
maklumla,letih sgt ari ni
g interview then g jalan2 plak kt tengah kl tu
yg tang jalan2 tu terpaksa k..hihi..
mcm2 pengalaman yg ak lalui ari ni..
pkul 6 lebiy da gerak..takut jam punya pasal..
smpai menara TM tu pukul 7 lebiy...punyala awal...
siap breakfst kt kete lagi tu...
then dkat pkul8 kujie tinggalkn ak coz dy na g keje
interview tu pkul 8.30
ak pn duk kt depan kaunter na tunggu masala..
pkul 8.15 cmtuh ak g kt kaunter na tanya pasal interview tuh..
adoi...bley plak dy tanya tingkat bper...
manala ak tau..then dy ckap takda interview pn..
klu ad,dy msti tau..huk2..
ak pn call makcik ak..
upe2nya slah tmpat...
bukan menara tm tuh..
upeya Menara Mutiara Bangsar...
da dekat 8.30 da...kujie plak da g jauh da..
terpaksala naik teksi..smpai2 da pkul 8.40..
dhla ramai org plak tu yg g interview tu
ad dlam 20 org..
then dy bagi soalan 4 soalan mathn soalan personaliti
dan mungkin rezeki ak..
ak 3 org prtama yg kena panggil interview..
tp dlam 3 org tu,ak je diploma
ag 2 org tu degree..
bayangkanla...
cmne a naa lepas an..tp yg pelik
jwatan tu jz untk kaunter je 
n gaji pn takla banyak sgt..
tp diorunk na juga mntak keje tu an..
mula2 takut sgt ta lepas..
dengan gagap2 lagi an..
speaking plak tuh..
then dy ckap klu dpat,na keje kt mana..
ak ckapla kuala selangor or bkit raja tp takda kosong da
ak pn ckap ta kisahla klu dpat jauh pn..
dy bagi ak kt pndan indah..
(ase cm confrm dpat an??)
then dy ate t dy call...tp slah ak...
huk2..
bley plak hp tu betry kong...
then bila ak on,ad mscll dari no ofis...
ak tryla call balik...
ak tanya ad ta cll no zulaiha..
then dy ckap ta tau sape yg cll..
t dy call balik..2 kali ak call..
sedihnya...takpala...bkan rezeki ak kot...
tp still brharap esok dy ad cll lagi...
n klu dpat,kena g induksi kt taiping 14 hari...
pape pn yg berlaku..ad hikmah sume ni..
pape pn...
trima kasih pd makcik ak..
dy da banyak tlong ak...
trima kasih sgt2...


p/s : sori bos..sy ponteng ari ni...penting gak ak ni ea,ak tada kt ofis sume kelam kabut...hahaa
na issue invoice pn ta bley smpai paksa ak datang ofis jp smata2 suh invoice..

Saturday, December 17, 2011

bila na kahwin??

bila orang tanya kt ak bila na khwin??
'tunggu orang masuk minangla makcik oi...'
hihi..
tp ak rasa orang takkn tanya ak sbb ak muda lagi...
tp msti bf ak kena tanya je an sbb dy da tua...
ops!!!hahaha
mak pn da dok tanya..
ke hulur ke hilir sama2 je..
bila na ikatnya an...
huhu..
bajet takdala mak...
ikut perancangn na tunang bulan 6 
tp cm ta jadi jerk...
errk..
pasal pe ea..
ntahla..
takpala...
yg penting kumpul duit dlu an...
ad jodoh adala...
takda jodoh na wat cmne an....
tp ak still syg sgt2 kt dy
cmnela lau kami tak ditakdirkan bersama...
shut!!
dah2..
stop it julie..
jgn fkir yg bukan2 k...
sume akan kembali pulih seperti biasa...
juz smile... =)
n da ajak g kursus khwin 
awal tahun depan..
cm serius je an...hihi
taknak fikir.....hahaha


ari ni g mam kfc ngn dy....
cm biasala...
gaduh jerk...
takda keja lain da 
na marah pn ta bley coz dy suka wat lawak..
always make me smile...
dlam situasi ape skali pn...
tu yg wat ak rasa syg sgt kt dy... =)
jom tito kawan2..
slamat malam sume...




sesaja letak gmbar dia...hihi

 



p/s :sorang2 jerk kt umah ni..huk3...

Wednesday, December 14, 2011

main hujan... =)

Assalamualaikum...
hye kawan2..selamat malam...
lama da ta post entry an...
ha,sblum tu,na ckap
sedih ta dpat tengok ombak rindu...
huk3..
2 kali da na tengok..
ta lepas juga..
tak da rezki kot..
ari ni.....
na citer pasal hjan...
maklumla skarang musim ujan an
ak pn satu,da tau musim ujan,bukan na bawak baju ujan an...
awak tu dhla naik motor..
lenla kalau nek kete an..
petang tadi,paling dahsyat ak alami...
kena ujan takpa lagi
tp 
motor ak mati tengah jalan!!
sumpah takut giler tadi...
dengan jam nya..
tengah jalan plak tu..
mybe sebb kene air kot
yela,air naik dekat ngn dmansara damai..
memang takla an..
2 kali plak tu..
pastu adala mamat tu tolong...
ta tu na ckap 'abang' or 'pakcik' ke an
nmpak cm tua tp gelar diri dy 'sy' dkat ak
ak pun takut gak...
then dy ate na follow ak smpai umah
sedangkan umah dy straight ke sg buloh..
semacam je an...
ak pn terpaksala tipu sunat ngn dy
ak ckap ak da cll abg ak
hihihi..
demi selamatkn diri..
takutla..
mmgla niat dy na tolong an...
pape pn terima kasih kepada 'abang' or 'pakcik' tu
semoga Tuhan balas budi baik dy.
ok....
pastuh ak pun da basah kuyupla ngn dalam2 skali basah..
hihi..
yg paling sedih,hp ak pn basah..
salah ak gak..
yg ak g letak hp kt poket sua tu watpe an
sengal...

benda hepi na citer...
sejak akhir2 ni,banyak luangkan masa 
dengn syg ak..
hepi sgt2...seboleh2nya na slalu luangkn masa dengn dy..
bersiap sedia untuk pape pn kemungkinan
yg bakal trjadi an..
pape pn,a sentiasa berdoa smoga 
kami ad jodoh...amin.....


ok..ak da letih..
na demam pn ad...selamat malam kawan2...

p/s : hopefully cepat kembali sihat..kembali sperti sedia kala..(cmne na sihat,mkan ubat n sayur pn payah) =p



Friday, December 9, 2011

moto jerk..

assalamualaikum 
hyeep...
sy na kongsi citer
gurlz2 skunk sume na pkai kete je an
balak pn na yg ad kete je an...
tp ak..hahaha..
ad ak kisah??
ak ta kisah naik ape pn..
janji selamat smpai..
n gurlz skunk ramai yg ta na naik moto
'apa barang kua naik moto'
bak kata diorunkla an..
(tak semua k)
tp ak..ak na beli motor jerk....
na tengok?













jeng3..














lc 135
smart ta motor ak?
dalam mimpi jerk..hihi..
mampu ke ak beli ea...gaji seciput je kot..
takpe2...hendak seribu daya an
kena tangguh kahwinla cmni..
hahaha..ok..
tu je na citer...
nite sume...


p/s: na mimpi jadi minah rempit bawak lc.. =p
n esok na p tengok ombak rindu..harap2 tiket ta hbis lagi an

Thursday, December 8, 2011

first gaji...

ok..ak da dpat gaji minggu lepas..tp gaji tinggal ckit jerk..huk2..sedihla...
baru ak tau cmne rasanya keje dengan gaji yg skit..
ak ta bley bayangkan cmne abah sara ak adik bradik dlu..
gaji ta smpai seribu..anak ad 8..sume skolah lagi plak tu...
sedangkn ak,takda tanggungn tp masih ta ckup gaji tu..cmnela an..
tp wit tuh pn ak simpan..ak bg kt abah suh abah simpankn...
n ak bagi skit t abah..ak hrap tiap2 bulan bley bagi wit kt abah..
abah da susah payah besarkan ak,takkn ak da senang,ta na tlong abah pulak an...
trima kasih abah sbb besarkan anak2 abah dengan baik..sayang abah....
bulan depan lagi susah kot..sbb skarang dok umah k.emi..
klu da duduk umah sewa t susahla...na bayar sewa an...
ak ad gak bg wit kt k.emi..seganla dok situ,ta bagi pape..
mkan free plak tu an..tp dy ta na wit tuh..
dy amik tp dy ate lau ak takda wit t,bgtau dy..takkn...
ak ta nak susahkn dy lagi..cian dy..dahla ngah pregnant..
ok..tu je kot na citer..
n nper ak ta ley dpat wit 500 yg kerajaan bg tu...huk3...
takpe..orang len lagi perlukn wit tu an...

ok..ak sedang bersedih tp ak ta na tunjuk kesedihan ak..
biarla sume tu terpendam dlam aty...
n smoga segalanya berjalan lancar..amin....

p/s: baru nak p tengok ombak rindu ahad ni...harap tiket ta habis kali ni k...huhu

Sunday, December 4, 2011

ahad yg te besh..

huh..ta tau na ckap pe..

juz ngah bengang sgt2..janji na kuar ary ni..

last2 ta jadi..mcm2 alasan..ta na,ckap jela awal2..

suka wat orang tunggu..

Saturday, December 3, 2011

maafkan sy awak..

awak..sy mintak maaf..sy ta sengaja menangis depan awak..
sy da ta kuat awak....sy pinjam bahu awak kejap..
berat sgt beban ni sy rasa..ta seberat kita gaduh..
sy tau,awak pn tahan air mata awak an..sebb tu awak cepat2 pakai spect itam awk tu an..
awak cuma mampu ckap 'sabar  k syg'
dlam masa yg sama,awak sedang sabarkn diri awak an
awak...kita sama2 tipu diri kita an..
awk buat2 hepi sedangkan aty awak resah fkirkn hubungn kita ni..
cmtuh jugak sy..
sy wat2 hepi tp aty sy sedih sgt..sbb tu sy ta bley na tahan air mata sy..
sy ta tau cmne klu kehilangn awak t..
sy kena bersedia untuk ape jua yg bakal terjadi...
awak..awak jgn risau k..
klu Tuhan da tentukn jodoh awak dengan sy,kita akan bersama jugak an...
biar kita susah dulu skarang...asalkn kita bhagia..
awak...sy sanggup lepaskn awak klu itu yg terbaik wat awak..
sy tau..awak tersepit antara sy dan dy..
klu boleh awak ta nak lukakn aty kedua2 org yg awak syg..
tp dy lebiy penting awak...sy sanggup lepaskn awak demi dy...
awak...kita sama2 berdua ea moga Tuhan lembutkan hati dy...
harapn sy pn sama mcm awak...smoga kita ad jodoh n dpat bersama..
awak..awak da cukup smpurna wat sy n awak da smpurnakn sy..
tp mungin sy ta dpat na sempurnakn awak....
awak..sy tunggu jwapan dari awak...sy sayang awak.... =) 
apepn jawapan yg sy dpat t,sy trima dengan redha....
walaupn jawapan tu pahit untuk sy telan...sayang awak....
p/s : sebaik mungkin,tahan perasaan ini..smoga Tuhan temukn jawapan yg terbaik wat kami...

Thursday, December 1, 2011

serius ta ni???

ak na ngadu ckit jerk...huhu...family ak ad rancang na g bercuti raya cina ni..
then ak kena hadle ar sume tuh...diorunk na g waterpark...
tp..ak cm sedihla..diorunk ni serius ke ta...kadang2 ckap je hebat..
tau2 da na sampai tarikh kang,mcm2 alasan..bajet takdala,cuti takdala...
klu takda bajet,bgtau jela..bley wat aktiviti len...
kang ak da susah payah call sane,call sini..booking homestay,last2 ta jadi...
ak bukan pe..ak juz na ad aktiviti family jerk...
ta kisahla aktiviti pe..wat bbq pn da ok da..
.tp na jugak jalan jauh an...lgpn lama lgi program tu..bley je kumpul wit..
ak pn na kumpul wit gak dari skunk..
tlongla..lau ta nak g,bgtau awal2..
jgn susahkn ak...jgn wat ak bengang..
kang pasni jgn harapla ak na handle or join pape aktiviti ngn korunk...
walaupn korunk family ak.. 
(ak ta tujukn pada sume keluarga ak tp pd yg tertentu jela an)
ok..ak cuba fkir positif..bajet takda kot...
so,bgtau jela time first bincang tuh...ta yah na ok2 jer then ckap2 blakang..
ak ta nak ar gaduh2 ngn adik beradik ni...ta elokla an...
cuma harap sume bg kerjasama..tu jer...
sekian.....

p/s : berita gembira yg ak na bgtau,ditunda...

Monday, November 28, 2011

amik berkat..

ok..ta na citer pape..tengok je gmbar ni n korunk akan tau pe ak na citer...huhu



























ok..fham an ape ak cuba smpaikan?hihi..ni majlis perhwinan mmber kujie...


skunk tengok yg kt bawah ni plak ea...




 












 


ok..korunk msti da naik muak tengok gmba2 ni an..hahaha...ad ak kisah?banyak ag na upload sbnarny...haha..tp da ngntok sgt...ok nyte...


p/s: ak ad 1 benda gembira na cerita tp len kali jela ea...muahaha

Friday, November 25, 2011

sorang lagi..huk3..

untungla esok ta keje...ak kena keje esok..walaupn half day jerk tp agak sediy gak ar....
lau ta, da bley balik mlam ni ngn my sister...
sorang2 je kt umah sekarang ni..dhla ta sihat..huk2..takpela..na wat cmne..nama pn cari rezeki an...

huh..bila ar na cari bilik sewa ni...payahla lama2 sgt dok umah sister..dhla jauh..ngn jam lagi..takut2..agpn ta na terus susahkan my sister da..sabarla Julie....




ha,ak ad benda na citer..semalam syg ak excident naik motor...huhu
nasib bekla takda pa..motor je yg teruk..
haish..lelaki...motor teruk pn na nangis...lau tuan punya badan yg teruk takpa gak nangis
tp bukan salah dy..ad kereta belok ta bg signal..men belok je
tp bg ak dy pn salah gak..g bantai bawak 140 wtper..
first soalan yg ak tanya bila dpat tau dy excident tuh
'bwak bper??'
'140 je yunk..'
'terbaik..bawakla laju lagi'
jahat gak ak an..bukan na tanya dy ok ke ta..huhu
mmg dy terasa gak ar..

tp mmg ak bengang ar...slalu ckap ngn ak jgn bawak laju2..
60 or 80 jer bley..
tp ak bawak laju gak..haha
tp takdala smpai 140..giler pe..na terbang...
n org yg langgar dy tu mekanik..
dhla kete yg mekanik tu bawak kete customer dy,
kete tu mmg baru pas excident,bhagian depan yg teruk
pastu langgar plak ngn syg ak belah belakang..
terbaikla an...
dy yang tanggung kos sume tuh...
bley plak dy ckap kt syg ak,jgn ckap pape kt bos dy kt bengkel..
hahaha...

 n syukurla dy tak pape..
jz dy ckap sakit bahu skit..
kepada my syg : pasney bawa laju2 lagi ea..
mesti besh an...lalala...


p/s : sy ta sabar na pergi Melaka dengan my syg.... =p
sape na ikut?jom2...hihi

Thursday, November 24, 2011

ikan patin masak tempoyak....

ok...disebbkan ak sorang2 kt ofis,bermaharaja lela ar ak...haha..

ok,ak skunk ni ngah tengok kt youtube pasal cara na masak ikan patin..ak cuma na tanya korunk..

betul ke cara dy masak tu?

almaklumla...ak ta pnah masak ikan patin ni..

mak ak masak pn ak ta tolong..ak tolong makan jerk..hahaha...
haish...ak kena blaja masak ikan patin ni..

maklumla..syg ak orang Pahang..mmg tak ar an..

sat g bakal mak mertua suh ak masak ikan patin tu,
menangisla ak kena reject ngn dy...hihihi

tengok kt video tu macm senang

tp ta rasa an sedap ke ta..

bila ak na start blaja masak ni..
cian suami ak anty..mkan maggi je tiap hari...
haha..

pape pn,jom lyan video ni...korunk pn ta reti masak an?
tau da....hihi



p/s: jom kita blaja masak sesama... =p

Wednesday, November 23, 2011

bola..bola...bola...

ok..masa ak ngah post ni ak sambil2 tengok bola...huhu...Malaysia lwan Syria...chaiyok!menang atau kalah,ak tetap sokong Harimau Muda...

ok...citer pasal bola ni an,sbnarnya ak tadala fanatik bola sbnarnya...

first time ak minat bola an,masa ak form bper ntah ak ta ingatla an..
tp time tu ad Bambang Pamungkas...time tu ar an...serius minat giler ngn dy..
(ni minat bola ke,minat pemain ni) haha
then bila dy da balik negara dy,ak da ta bper minat bola da...
tp....
Isnin mlam ary tuh,tetiba jer minat bola tu jadi mendalam

ye...semuanya disebabkan perlawanan Malaysia dan Indonesia
atau Harimau Muda  dan Garuda..Garuda pe ea..ntahla..lupa..
ak tengok game ni pn kt uptown dmansara..
niat sbnar,na jalan2 (date jela an)
n shopping usha2 baju jerk...
yg peliknya,bila da smpai,gerai2 banyak da bukak..
tp sorang pn takda...pelik...
rupanya sume dok pakat tengok bola..
pe lagi..join jela..
ad 1 port ni,skrin besar punya...
penyokong dua2 negara ad..
1 pakai baju kuning,1 lg baju merah...
semangat..meriah gile..da rasa mcm tengah ad kt stadium kt indon tu ha...
dan akhirnya..Yeah!!Malaysia menang!!!!!
tp,diorunk ok jer..takda gaduh2 pn pastuh...
kalah menang adatla an..
klau Malaysia kalah sekalipn,ak tetp bangga dengan diorunk 
sebb diorunk da berusaha...
ni tak..indon tula..siap wat page lagi..wat fitnah plak tuh..
padahal org dy banyak cari rezeki kt cni..
dhla..malas na ungkit lagi...
btw..thanks pd syg coz bawak kita g jalan2...
muuahh!!love u...hihi
n sori ta dpat beli kek untuk yunk..
t kita g beli ea....

 
 lupa plak...19 Nov yg lepas bzday syg kita..hepi bzday yunk..yunk da tua tau...ingat tuh..ta mau mrajuk2,ngade2,manja2 ngn ayg lgi k
n pasni kena jimat tau..kita an na khwin da...ops!hihi


p/s: ahad ni nak g Melaka...nantikan gambar kami...hihi
n isnin plak yunk ak na g jumpa family ak untuk membincangkan tentang kami..dan dia akan di interview oleh family ak..berdebar..harap semua berjalan lancar..amin...n dy sebenarnya keje isnin tuh..tp sebb da janji an,dy trpaksa lari dari keje jap untuk g jmpe family ak...pelik tol pesal ar dy ta dpat cuti ea...an awal Muharram..owh lupa...dy keje ngn company cina an..na wt cmne...sanggup dari kl ke tnjong karang,jumpa family ak dlam sejam dua then balik kl lg..gila an..ak bley jerk tukar tarikh len tp dy yg ta mau an...thanks yunk... =)