kisah hidup julie

Followers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 19, 2012

SPA

Assalamualaikum...

ok..ari ni ak na ckap pasal SPA...
tlong jangan salah faham ea...
bukan spa merehatkan badan tu...
tp Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ye...
 Isnin ari tu ak dpat g intrview SPA kt Putrajaya
jawatan sebagai pembantu tadbir...
na tau pe soalan yg dy tanya??
tp sebelum tu....
masa mula2 ak dapat surat intrview tu...


ase cm ta caye jerk....biar betul ak dpat panggilan temuduga ni an
padahal tahun lepas ak isi SPA tu...
rezeki kot...
tp ak dok ilek je smpai tinggal bper ari je baru kelam kabut..
hihihi...
ak mmg cmni dr dulu...suka wat keje last minit an...
pastu dhla tempat tu kt putrajaya an...
pagi2 da kene gerak...dlam pkul 6.30 da gerak da...
tu pn ak smpai pkul 7.50 kt dewan tu tp da penuh oo..
pkul 11.30 baru dpat masuk bilik temuduga...
n dengar citer beribu gak ar yg interview..tp bukan dlam masa seharila...
smpai awal bulan julai t...


cmnila wei ak sebelum intrview...
stress giler...
mcm2 benda ak study malm tu..
smpai 2 3 pg ooo...
study psal 1Malaysia ar,peranan SPA,nama menteri
n mcm2 lagi ar...ase cm na final exam je an...
tup2 yg dy tanya....
panel : sila perkenalkan diri
ak:  ok..nama sy....bla...bla...bla....
panel : ceritakan pengalaman kerja awak..
ak : sy keje di bla...bla...bla.....
panel : awak sanggup klu di hantar ke sabah or sarawak?
ak: err...ye..sy sanggup..sy na cari pengalaman baru..
panel : siapa nama menteri kesihatan?
ak: err.... Dato' Sri Leow Tiong Lai klu ta silap (ak ad baca malam tu)
panel: ok,terima kasih..
ak: err...(cepatnya habis)
ase cm ta smpai 5 min...
tp ak tengok org sebelum ak cm lame jerk..
dekat 15 ke 20 min....
huh..nervous punya pasal,
ase na cepat habis je an...
ok...sebelum ak akhirkn citer ak ni..
ak na bg ckit tips kt korunk... 

Tips Sebelum Temuduga

- Mesti study bab-bab berkenaan dengan kerja kita yang kita rasa akan ditanya oleh penemuduga.

- Buat Research dekat Internet atau Mencari bahan bacaan berkenaan topik berkaitan dengan kerja kita.

- Tanya Rakan-rakan atau Senior yang terdahulu dan berpengalaman dalam bidang kerjaya tersebut.

- Kaji selidik latar belakang syarikat atau tempat kerja yang kita hendak mohon.

- Berlatih di rumah cara kita hendak betutur di depan penemuduga

- Sediakan kesemua dokumen dan kelengkapan untuk temuduga sehari sebelum temuduga dan semak semula takut ada yang tertinggal.

- Jangan terlalu tertekan memikirkan soalan yang akan ditanya, Selalu befikiran Positif yang kita akan berjaya.

- Akhir sekali bertawakal dan berdoa kepada Tuhan semoga dipermudahkan segala urusan semasa Temuduga nanti.

Tips Semasa Temuduga
 
- Sebelum masuk kedalam bilik temuduga Baca lah Doa supaya kita tidak rasa terlalu gentar.

- Apabila berjumpa dengan penemuduga berilah Salam atau Ucapan Selamat Pagi/Petang mengikut waktu.

- Jangan terus duduk ,tunggu sehingga penemuduga memberi kebenaran,ini menunjukkan tanda hormat kita padanya dan ucaplah 
Terima Kasih dan sentiasa senyum untuk menceriakan lagi suasana.

- Duduk dalam keadaan relax dan tenang ,jangan menunjukkan rasa cemas kita. Tarik Nafas dalam-dalam dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menjawab soalan.

- Dengar dan fahami baik-baik soalan yang ditujukan kepada kita, jika tidak jelas, mohon dengan sopan supaya penemuduga mengulangi semula soalan tersebut.

- Menjawab soalan dengan bahasa Malaysia/ bahasa Enggeris sahaja bukan bercampur aduk dengan slang atau bahasa negeri kita serta tidak mengunakan bahasa pasar. 
Petuturan kita hendaklah jelas dan tidak menjawab dalam keadaan gopoh atau bercakap terlalu laju. Isi Jawapan kita biarlah padat dan ringkas tidak terlalu meleret.

- Sewaktu Temuduga kita hendaklah sentiasa memandang wajah penemuduga, jikalau lebih dari seorang penemuduga, semasa memberi jawapan pandang lah mereka silih berganti.

- Jikalau Soalan yang diajukan kita tidak tahu akan jawapannya, jangan hanya mendiamkan diri lama-lama, ini boleh menyebabkan Penemuduga itu akan cepat bosan.
Fikir dengan tenang dan apabila kita masih tidak tahu berterus teranglah bahawa kita memang tidak tahu akan jawapannya dan penemuduga akan menyoal soalan yang lain.

- Selepas di akhir sesi temuduga, Macam mana sekali pun keputusannya kita hendaklah mengucapkan Terima Kasih kepada penemuduga tersebut kerana memberi peluang kepada kita ditemuduga.


ok..jd,pd kawan2 kt luar sana yg dpat panggilan temuduga especially kerajaan..
pergi jgn ta pergi k...jgn lepaskan peluang yg ad...huhu
tu saja dari ak untuk mlam ni....
sekian...
selamat malam... =p
p/s: lupa na bgtau,habis intrview,ak jalan2 pusing putrajaya naik bas...mcm batak je an...(mmg batak pn)

2 comments:

Shereen Yahya said...

baru tahu situasi temuduga mcm tu . tak pernh lg kena interview .

kisah hidup julie said...

la...yeke..then yg keje sbelum ni?xda intrview ea?