kisah hidup julie

Followers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 14, 2012

'hepi valentine day Julie'

ok..korunk jgn salah faham ngn tajuk tu ea...hihi...
ari ni ak rasa dekat 10 org ckap cmtu kat ak..
euuww..ak pn balas dengn sopanla an..'sori,sy ta sambut valentine'..maklumla..
org ofis ak chinese n india..so,diorunk semalam siap tanya lg ak na g mana ari ni..
mula2 ak blur ar an...g mana?ad pape ke an..rupanya diorunk dok skap pasal valentine day ni..
adoi..mcm2 an korunk ni..nasib bek korunk non muslim..
klu ad muslim yg ckap cmtuh kt ak,mmg mkan seliparla an...
ni sedikit info yg ak dapatla an...
Versi 1 ==> Hari Kekasih dirayakan bagi meraikan kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang membawa peranan penting dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam pada masa ketika itu. Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka telah menganggap Islam adalah agama yang zalim. 

Jadi.. Dimana letaknya maruah islam, bila umatnya sendiri turut merayakan hari tersebut? Fikirkanlah..

Versi 2 ==> Hari Kekasih diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia merupakan seorang yang aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II.


Raja Rom telah memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine adalah penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine masih menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintahkan Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari.


Dengan itu, orang Kristian telah memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan dirinya untuk mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap agama Nasrani iaitu agama Kristian.Mereka telah menyamakan Valentino seperti Nabi Isa. Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara.


Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu). Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 3 ==> St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

so,renung2kan dan selamat beramal... =)
p/s: going to kursus kahwin sabtu n ahad ni...jom2..hihi

2 comments:

Anonymous said...

erm, betul tu. dulu masa zaman sekolah2 ustaz salu marah kalau sebeut pasal vday.
btw, dah nak kawen ke pergi kursus kawen ni? hehe

kisah hidup julie said...

betul2 an...ish..kursus khwin jela..khwin lmbat lg...hihi