kisah hidup julie

Followers

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 9, 2012

khamis =)

Assalamualaikum...
Dijadikan syurga dan neraka pada hari Khamis. 

Oleh kerana syurga dijadikan pada hari Khamis dan
di dalam syurga Allah beri apa yang dikehendakinya ,
maka kerana itu jugalah siapa yang berhajat 
untuk meminta sesuatu dari seseorang maka 
disunatkan meminta pada hari Khamis.

Kelebihan hari Khamis dalam Islam

Hari Khamis merupakan hari yang ke-lima, sebab itu dalam
Bahasa Arab ditulis sebagai الخميس yang bermaksud “Yang Ke-lima”. 
Hari Khamis merupakan hari yang baik untuk menunaikan Hajat.
Kerana Allah memerintahkan Penunaian. 
Maka barang siapa yang berhajat kepada manusia, 
maka hendaklah ia memintanya pada hari Kamis.
Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. 
(pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.
Selain itu pada hari Khamis ini juga disunatkan untuk ummat Islam melakukan puasa sunat. 
Ada banyak fadhilat dan kelebihan berpuasa sunat pada hari ini kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada hari Khamis. 
Dalilnya disunatkan berpuasa hari Khamis:
Pertama: Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa;
“Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” 
(Riwayat Imam Tirmizi. Menurut beliau, hadis ini hasan soheh).
Kedua: Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; 
“Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. 
Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi).
Zikir hari Khamis – Zikir yang boleh Anda amalkan pada hari Khamis ini ialah:
سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ

1 comment:

Cik Dessert said...

nice entri untuk di share :)